Thursday 13 February 2014

Rahsia KISMIS Yang Tidak Kita Ketahui





Kismis dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot. Oleh itu, kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Saidina Ali r.a pernah menyebut: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.

riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”



Antara fungsi KISMIS :


Menajam minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

Antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.

Gigi sihat. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan kismis DARUS SALAMAH terbaru di pasaran. Pengedar Kismis DARUS SALAMAH diperlukan:


RM 10.00    200 gram

Berminat menjadi wakil pengedar, boleh hubungi 013 2931 879 atau email alakhyarmanagement@gmail.com

Wednesday 12 February 2014

RAHSIA TULANG SULBI MANUSIA



Keajaiban Tulang Sulbi Manusia Seperti Hadis Nabi SAW | Tulang sulbi atau dengan bahasa Inggrisnya adalah Coccyx ini adalah bagian tulang dari tubuh manusia. Terletak pada bahagian tulang belakang paling bawah.

Tulang sulbi merupakan tulang yang pertama kali ketika manusia diciptakan oleh Allah. Dari tulang inilah nantinya manusia dibangunkan pada hari akhirat. Hebatnya lagi tulang sulbi ini tak akan hancur dimakan tanah.



Tulang sulbi sering disebutkan dalam hadits yaitu, dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Sesungguhnya bahagian tubuh manusia akan rosak, kecuali “tulang sulbi”, dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan, dan dari tulang ini manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir” (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah)

Dan ada satu lagi hadits tentang tulang sulbi ini:

Dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Ada satu tulang yang tidak akan dimakan tanah. Mereka bertanya,”tulang apa ya Rasul?” Nabi menjawab” Tulang Sulbi”. (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah)

Fakta, bahawa hadits ini benar.

Seorang doktor bernama Dr. Othman Al-Djilani dan syaikh Abdul Majid melakukan sebuah eksperimen terhadap tulang sulbi ini. Pada bulan Ramadhan 1423 atau sama dengan 2002 di tahun Masehi di Yaman.

Mereka berdua memanggang tulang punggung berikut juga dengan tulang sulbi. Dengan gas selama 10 minit hingga sampai benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah menjadi kemerahan kemudian menjadi hitam).

Kemudian mereka berdua meletakkan potongan-potongan yang telah gosong itu pada kotak steril.

Kemudian kotak steril itu mereka bawa ke makmal terkenal di Sanaa, Yaman.

Dr. Al Olaki, juga merupakan seorang professor di bidang histologi dan pathologi di Sanaa University, di Yaman. Ia menganalisa hasil potongan-potongan tulang tersebut dan menemukan bahawa sel-sel pada jaringan tulang sulbi (coccyx) dapat bertahan terhadap pembakaran.

Ternyata hanya sel-sel otot, sumsum, dan jaringan lemak saja yang terbakar. Sementara sel-sel tulang sulbi tidak terpengaruh.

Percobaan yang diatas ini membuktikan bahwa, hadits itu benar. Tulang sulbi akan tetap akan. Tak dimakan tanah, tak hancur terbakar, tahan pada kondisi apapun. SubhanaAllah bukan? Itulah, hebatnya Allah.

Jika kita gali ilmu-ilmu-Nya betapa kecilnya kita ini dihadapan Allah. Dunia saja ibarat butiran-butiran pasir. Bagaimana dengan kita yang lebih kecil daripada bumi? Sungguh Allah itu maha besar maha mengetahui. 1400 tahun yang silam Nabi sudah bersabda tentang tulang sulbi ini. Sudah terbukti hingga sekarang! So, kenapa harus ragu dengan kehebatan Allah?


.Perkongsian dari blog

Saturday 8 February 2014

RAHSIA TERUNG YANG DIHARAMKAN MAKAN

Terung Yang Haram Dimakan




Di kota Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah.

Kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda, penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi.

Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi ia sangat fakir. Dia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam masjid Al-Taubah.

Suatu hari, Sulaim merasa sangat lapar.

Sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati.

Otaknya berfikir; apa yang harus dilakukan?

Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuai keperluan.

Dia memilih untuk mencuri.


Terung yang haram

Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota raya. Rumah-rumah pada saat itu saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran.

Jika seseorang mahu, dia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah.

Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid.

Dia terus melangkah ke atap rumah penduduk. Dia melihat seorang wanita dari atap tersebut, dia segera menutup matanya dan menjauh.

Kemudian dia tiba ke sebuah rumah kosong, dia mencium dari dalamnya bau sebuah masakan. Bau itu macam magnet yang menarik dirinya untuk turun.

Dia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Dia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan mahsyi) yang sedang dimasak.

Tangannya mengambil salah satu dari terung tersebut dan segera menggigitnya.

Namun sebelum ia berhasil menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali.

Hatinya segera berkata, “Auzu billah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak patut saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya.”

Dia menjadi sangat menyesal.

Dia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula.

Dia  kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun kerana sangat lapar, dia hampir tidak mengerti apa yang didengar.

Setelah majlis itu selesai dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing, tidak ada yang masih berada di dalam masjid kecuali Syeikh Sulaim dengan gurunya.

Dalam keadaan itu seorang wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara dengan sang guru, suaranya sangat halus.

Kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya, “Perempuan ini memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Dan ia seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada yang menjaganya selain pak ciknya yang sudah sangat tua.

Dia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya dari orang-orang jahat. Mahukah engkau menikahinya?”

Syeikh Sulaim berkata, “Ya.”

Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu, “Mahukah engkau menerimanya sebagai suami?”

Ia menjawab, “Ya.”

Pakcik perempuan itu  hadir bersama dua orang saksi. Akad nikah pun dilaksanakan segera.

Syeikh itu lalu berkata, “Bawalah suamimu ini.”

 Perempuan itu lalu memimpinnya ke rumah tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata dia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik.

Juga ternyata, rumah kediamannya adalah rumah yang tadi dicerobohinya.

Isterinya  bertanya, “Mahukah engkau makan?”

 Dia menjawab, “Ya.”

Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya. Dia segera berkata, “Hairan sekali, siapa yang telah masuk ke rumah dan memakan terungku?”

Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya.

Isterinya itu segera berkata, “Inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh seisinya melalui cara yang halal.”

 Tinggalkan yang Haram

Kisah ini diceritakan oleh Allahyarham Syeikh Ali Al-Thantawi, seorang ulama besar di Syria yang wafat beberapa tahun lalu, di dalam muzakarahnya.

Beliau berkata, “Cerita ini kisah nyata. Saya sendiri mengenali tokoh-tokohnya dan saya masih ingat perincian ceritanya.”

Masya-Allah, ketika membaca kisah ini saya kembali teringat kota Damsyiq yang penuh dengan ilmu dan keberkatan. Kejadian luar biasa sering terjadi di kota ini bagi orang-orang yang ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.

Pengajaran yang terkandung di dalam kisah ini sangat jelas.

Satu biji terung haram yang anda tinggalkan kerana Allah akan dibalas dengan rumah besar berserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini.

Belum lagi balasan tidak terkira daripada Allah di akhirat kelak,

”Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti dan yang indah dipandang, sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan.” (surah al-Sajdah: 17).

Meninggalkan perkara haram adalah ibadah yang paling Allah sukai.

Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tinggalkanlah perkara-perkara yang haram, maka engkau menjadi orang yang paling banyak ibadahnya.”

Siti Aisyah berkata, “Kamu semua tidak akan membawa amalan yang lebih baik daripada sedikit dosa. Maka barang siapa yang mahu mengalahkan seorang ahli ibadah yang tidak pernah berhenti menyembah Allah, maka tahanlah dirinya daripada dosa.”

Para ulama berkata, “Perbuatan taat dapat dilakukan oleh semua orang. Namun meninggalkan maksiat, hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang siddiq (jujur kepada Allah).”

Maimun bin Mahran, seorang ulama tabiin berkata, “menyebut nama Allah dengan lisan adalah perbuatan yang sangat baik. Namun lebih baik daripada itu ialah seseorang yang mengingat Allah ketika hampir melakukan maksiat.”

Wednesday 5 February 2014

RAHSIA KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN

ON THURSDAY, FEBRUARY 06, 2014
Konsep Baru Mekah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?! 

Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan seramai mungkin orang yang masih tidur.

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaanOttoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.

Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan  seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!


Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli  2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.


Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.


Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!
Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

* Perkongsian dari blog.