Anas r.a. berkata: “Beberapa
orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota
Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu
sakit-sakit). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang
sedang menyusu, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dari susu
unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka
sihat….” (Hadis dari Sahih Bukhari)
Sejak 3000 tahun sebelum Masihi
lagi manusia telah pun mengenali Unta. Mereka menggunakan unta sebagai alat
transport manusia dan pengangkutan barang. Di samping itu, unta juga dijadikan
sebagai sumber rezeki dengan meminum susu dan memakan dagingnya. Sebenarnya
yang bermanfaat dari unta ternyata bukan hanya daging dan susunya saja tetapi juga
air kencingnya.
Ibnu Sina, penulis kitab Al-Qanun
(panduan ilmu kedoktoran), “Ketahuilah bahwa susu unta adalah ubat yang
bermanfaat. Kerana susu unta mengandung zat yang dapat melarutkan secara halus
dan juga mengandung zat-zat khusus yang bermanfaat. Hal ini telah dicuba kepada
orang yang ditempatkan di negeri Arab.”“Ketika mereka ditimpa sakit bahaya,
lalu diminumkan susu unta maka sakit itu pun sembuh,” dalam pernyataan lain,
“air kencing yang paling bermanfaat adalah air kencing unta Arab.” Mungkin bagi
sebahagian orang air kencing itu adalah suatu hal yang menjijikan dan tidak
bermanfaat , namun ternyata bahawa itu adalah suatu anggapan yang salah
mengenainya, sesungguhnya air kencing Unta adalah penawar yang memiliki banyak
manfaat yang luar biasa. Telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui
sebuah peristiwa yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa datang kepada
Rasulullah orang Urainah (di Madinah). mereka sakit kerana tidak sesuai dengan
cuaca di Madinah. Dan rasulullah s.a.w. pun menyuruh mereka mencari unta, dan
menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu, Mereka pergi
dan melakukan apa yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w, dengan izin Allah
Ta’ala, setelah meminumnya mereka sembuh dari penyakit tersebut.
Susu Dan Air Kencing Unta
Mengubati Penyakit Kanser
Banyak orang yang putus harapan
kerana penyakit yang sangat berbahaya ini. Apatah lagi yang telah dijangkakan
tidak lama untuk hidup. Kanser merupakan suatu penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan
sel-sel jaringan tubuh yang tidak normal. Dalam keadaan normal, sel hanya akan
membahagikan diri untuk mengantikan sel-sel yang telah mati dan rosak sahaja. Sebaliknya,
bagi sel-sel kanser, ia akan membahagi dengan cepat menyebabkan pertumbuhan
tidak normal. Bukan itu sahaja, kanser menyebabkan kerosakan organ yang
terlibat dalam proses pembahagian tersebut. Kanser adalah merupakan suatu
penyakit yang amat berbahaya.
Setiap penyakit pasti ada ubatnya
sekalipun penyakit itu amat berbahaya, namun kaedah perubatan untuk penyakit
ini masih menjadi rahsia bagi manusia, melainkan apa yang telah diberitahu oleh
Allah. Rahsia tersebut telah terjawab apabila kajian telah dilakukan pada air
susu dan air kencing unta. Air kencing dan susu unta dapat mengubati kanser.
Kajian telah dilakukan kepada penderita penyakit kanser. Kajian telah dilakukan
dengan tidak membenarkan mereka makan selama 40 hari melainkan hanya dibenarkan minum susu
unta dan sedikit air kencing unta yang masih muda. Alhamdulillah, selepas
daripada itu, mereka sembuh sepenuhnya. Kesembuhan tersebut merupakan rahmat
kurniaan Allah.
Khasiat Air Kencing Unta
Air kencing unta memiliki
kandungan zat-zat yang bermanfaat seperti kalsium, albumin dan magnesium yang
tinggi. Kaedah perubatan air kencing
unta ini pernah dijadikan karya tulisan ilmiah oleh Ir.Muhammad Auhaj Muhammad.
Beliau menghuraikan kaedah perubatan ini telah lama ditemui sejak berabad-abad
yang lalu. Dalam karya beliau, dapat disimpulkan di sini bahawa air kencing
unta memiliki kepekatan yang tinggi berbanding air kencing lain dan sangat
berkesan dalam membasmi virus dan bakteria. Selain kanser, ia dapat merawat
rambut gugur dengan cara memperkuatkan rambut. Mereka yang mengalami masalah ini boleh mengunakan air kencing unta
khususnya air kencing unta yang masih muda. Susu unta juga mempunyai khasiat
yang luar biasa. Pada zaman dahulu, orang-orang Arab akan minum susu untuk
merawat perbagai penyakit seperti sakit perut, edema (bengkak), masalah hati,
asma, sesak nafas dan kencing manis. Ia juga dapat menguatkan gigi dan menjaga
gusi kerana di dalam susu unta terdapat vitamin C. Berdasarkan penyelidikan
para pakar dan ilmuwan, didapati di dalam susu unta terdapat asid amino yang
susunannya menyerupai susunan hormon insulin. Susu unta juga mempunyai kadar lemak
yang sedikit, antara 1,2-2,8%.selain itu, ia juga memiliki kandungan yang mampu
melawan racun dan bakteria .Di sebalik khasiat susu unta yang luar biasa,
ternyata di dalamnya terdapat kadar susu yang sangat tinggi mencapai peratus
antara 84-91%. Tidak ada mana-mana susu pun dapat menyamai kadarnya. Susu unta
juga mampu bertahan sehingga 12 hari.
Dr. Fatin Abdurrahman Khursyid,
ilmuwan Saudi yang juga staf King Abdul Aziz University (KAAU) dan Presiden
Tissues Culture Unit di Pusat Penelitian Medik King Fahd itu, setelah melakukan
penelitian selama lima tahun menemukan bahwa air kencing unta dapat melawan sel
kanser dengan baik. Beliau juga mengatakan bahwa air kencing unta mengandung
zat alami yang boleh membasmi sel berbahaya, serta menjaga sel-sel sihat pada
pengidap kanser. Penyakit kanser yang boleh disembuhkan dengan susu dan air
kencing unta meliputi kanser paru-paru, kanser darah, kanser perut, kanser usus
besar, tumor otak, dan kanser payudara.
Air Kencing Unta Cegah Kesan
Radiasi Nuklear
Ketika krisis nuklear di Jepun
semakin bertambah buruk, selepas letupan di loji Nuklear Fukushima 1, katanya:
“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam
merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada
mendapat penyakit kanser.
Dr Fatin berkata lagi, “dia sudah
menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh
kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara
meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah
menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98
peratus
.”Kemukjizatan Hadis Nabi
Mengenai Susu Dan Air Kencing Unta”
Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi
akhir zaman telah menunjukkan kepada kita melalui Hadis-hadisnya beberapa
teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan sejak
1400 tahun lagi. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menyarankan supaya meminum
air kencing unta sebagai penawar kepada penyakit yang mereka alami, hal ini
tercatit didalam Hadis Sahih Bukhari. Didalam Hadis Sahih al-Bukhari
meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa suatu kaum dari Urainah menghadap Rasulullah
s.a.w. Mereka berkata kepada Nabi; “ Kami mengalami masalah di Madinah. Perut
kami kembung dan anggota badan kami terluka.” Lalu, Rasulullah s.a.w.
memerintahkan mereka untuk mencari peternak unta. Lalu, mereka meminum susu dan
air kencing unta sehingga perut kembungnya sembuh dan kulitnya membaik. (Hadis
Sahih Bukhari)
Didalam hadis tersebut, Rasulullah
s.a.w. mengarahkan supaya air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada
penyakit yang dialami oleh kaum tersebut. Air kencing adalah najis namun
dibenarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk diminum sebagai perubatan penawar
kepada penyakit. Hadis di atas jelas menerangkan bahawa susu dan kencing unta
menjadi ubat untuk beberapa penyakit. Perut kembung disebabkan oleh radang usus
besar kerana terkumpulnya zat atau enzim padanya, atau bergabungnya ratusan
protein di rongga perut yang dikenal dengan edema.Penyakit tersebut boleh
diubati dengan memanfaatkan susu dan air kencing unta, kerana tambahan zat
antibodi yang terdapat pada susu dan kencing unta merupakan rahsia kesembuhan
atau memperbaiki berbagai penyakit seperti penyakit radang hati atau heptitis B
dan C, beberapa radang usus besar yang kronis, berbagai macam penyakit kanser
yang masih baru, serta gangguan pencernaan. Itulah pelbagai keterangan dan
khasiat yang dikeluarkan oleh Allah Swt yang dapat menyembuhkan segala penyakit
sudah tentulah dengan keizinan Allah Ta’ala.
Semua itu mengharuskan kita untuk
merenungi firman Allah Ta’ala tentang bagaimana penciptaan unta dibandingkan
dengan binatang lain. Terkaitlah hal ini sepertimana Firman Allah Swt yang
bermaksud:“(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah
mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?” (Surah
Al-Ghaasyiyah 88:17)
Hukum Berubat Dengan Minum Air
Kencing Unta
Para ulama’ membolehkan berubat
dengan minum air kencing unta. Antara dalil mereka adalah seperti berikut :
Pertama : Hadis ‘UrayininAnas
r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah,
sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan
mereka selalu sakit-sakitan). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari
unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air
kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan
sehiggalah mereka sihat….” (Hadis Sahih Bukhari)
Hadis di atas bagi sebahagian
yang mengatakan bahwa air kencing unta tidak najis, maka tidak ada masalah. Dan
dibolehkan berubat dengan sesuatu yang tidak najis.Bagi yang mengatakan bahwa
air kencing unta najis, maka peristiwa dalam hadis tersebut adalah kerana
darurat. Sehingga dibolehkan berubat dengan air kencing unta. Air kencing unta
tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan.
Berkata Khatib Syarbini didalam
Mughni Muhtaj: “Adapun perintah Rasulullah s.a.w. kepada al-‘Arayinin untuk
meminum kencing unta, tujuannya adalah untuk pengubatan. Dan pengubatan dengan
sesuatu yang najis dibolehkan, jika memang yang suci tidak boleh
menggantikannya . “ (Mughni Muhtaj)
Kedua : Hadis Ibnu
AbbasRasulullah bersabda ; “Sesungguhnya dalam air kencing unta dan susunya
boleh untuk mengubati sakit perut mereka (rosak pencernaannya)“. (HR. Ahmad,
Thabrani dan Thohawi)
Hadis di atas secara tegas
menyatakan bahwa air kencing unta dan susunya adalah ubat untuk sakit
pencernaan, dan ini menunjukkan kebolehan berubat dengan keduanya.
Ketiga: Secara Kajian IlmiahTerbukti secara ilmiah dan
kajian saintifik bahwa air kencing unta yang dicampur dengan susu unta, boleh
menyembuhkan belbagai macam penyakit, diantaranya penyakit kanser, leukemia
(kanser darah), hepatitis,penyakit gula (diabetes), dan penyakit kulit.
Dengan berpandukan dalil-dalil
diatas ini menunjukkan bahawa air kencing unta boleh digunakan bagi tujuan
perubatan. Wallahu’alam….
Sumber Maklumat: (Perkongsian dari blog)
No comments:
Post a Comment